Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Penutup

Hasil daripada kajian ini, kami dapat mengetahui tentang sejarah Kereta Api Tanah Melayu, pembangunan Kereta Api Tanah Melayu, malah kemajuan Kereta Api Tanah Melayu itu sendiri. Kami juga mendapati bahawa stesen ini telah melalui perkembangan dan pembangunan yang begitu pesat sehingga melibatkan kerjasama antara Malaysia-Jepun. Seterusnya, walaupun kami berpenat lelah cuba untuk menyiapkan penggambaran itu, kami tanpa sedar telah berjaya berkomunikasi sesama sendiri dan bekerjasama untuk bersama-sama menyiapkan projek ini. Justeru, jalinan ukhuwah sesama kami juga telah terbina tanpa sengaja hasil daripada projek video ini dan kami berharap jalinan ini kekal agar kami dapat bekerjasama dalam kerja kursus yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Kandungan Hasil Lawatan

Imej
Pada 5 dan 6 September 2019, kami telah mengadakan penggambaran   untuk membuat kajian tentang sejarah Kereta Api Tanah Melayu di Kampung Attap berdekatan dengan Pasar Seni. Pembahagian tugas telah dilakukan kepada kumpulan kami untuk melancarkan aktiviti penggambaran pada hari-hari tersebut. Kami menaiki LRT dari kediaman kami di Bangsar dan turun di stesen Pasar Seni. Setibanya kami di stesen Pasar Seni, kami terus menuju ke bangunan Kereta Api Tanah Melayu Berhad. Foto oleh : Farid Daniel (52102119015) Foto oleh : Farid Daniel (52102119015) Pelbagai ragam ahli kumpulan dapat dilihat semasa kami sedang melakukan penggambaran sehinggakan jurukamera kami terpaksa mengambil beberapa take untuk mendapatkan bahagian yang sempurna. Ini kerana ada segelintir daripada kami tidak biasa beraksi di hadapan kamera namun selebihnya pandai beraksi di hadapan kamera.  Foto oleh : Intan Shahirah (52102119073) Namun, malang sekali kami tidak dapat menemu ramah pegawai

Pengenalan dan Objektif Kajian

Imej
Assalammualaikum kami daripada kumpulan L01 ingin membentangkan tentang sejarah Kereta Api Tanah Melayu. Kumpulan ini terdiri daripada 10 orang ahli kumpulan. Berdasarkan kajian yang kami sekumpulan telah lakukan selama beberapa hari ini, kami mendapati terdapat begitu banyak sejarah yang tidak diketahui oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Oleh itu, dengan berpandukan kajian ini, kami sekumpulan berharap dapat membuka minda masyarakat supaya lebih mengetahui tentang sejarah-sejarah yang menarik di Malaysia. Bangunan ibu pejabat stesen Kereta Api Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah dan merupakan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan Kereta Api Tanah Melayu. Seterusnya, jarak keseluruhan landasan Kereta Api Tanah Melayu sejauh 1699 kilometer. Untuk pengetahuan umum, stesen K

Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu

Imej
Kereta Api Tanah Melayu Berhad (Malayan Railway; singkatan: KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah system gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Namun, sejarah penting bagi perkhidmatan kereta api di Tanah Melayu bermula apabila laluan pertama dibuka iaitu dari Taiping ke Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 1 Jun 1885 di Perak. Kerajaan British telah menggabungkan kesemua perkhidmatan kereta api di setiap negeri dan menamakannya Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (KNMB) pada tahun 1901. Menjelang tahun 1941, KNMB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan perkhidmatan kereta api Negara iaitu sat

Profile Blog

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY PENGAJIAN MALAYSIA 2 / MPU 2163 SEMESTER JULAI 2019 Kami terdiri daripada 10 orang ahli kumpulan : - 1.  FATIN AMIERA BINTI IBRAHIM ( 52102119095) 2. INTAN SHAHIRAH BINTI SHAHARUDDIN (52102119073) 3.  ALIFF ZHAFRAN BIN HARUN ( 52102119043) 4.  MUHAMMAD REDZUAN BIN RUSLI ( 52102119183) 5.  FARID DANIEL BIN MOHD AZHAR ( 52102119015) 6.  ANIS IRDEENA BINTI AHMAD NIZAL ( 52102119044) 7.  AIMAN NA’IM BIN AMRAN ( 52101119130) 8.  MOHAMED AZRI SAFIY BIN MOHAMED SUHAIMI ( 52102119113) 9.  AMIRUL ASYRAF BIN BAHAROM ( 52102119124) 10.  MUHAMMAD AIMRAN MUHAIMIN BIN ABDUL YAZID ( 52102119053)