Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu
Kereta Api
Tanah Melayu Berhad (Malayan Railway; singkatan: KTMB) merupakan pengendali
kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah
agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai
KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun
1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah
system gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British apabila laluan
kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah.
Namun,
sejarah penting bagi perkhidmatan kereta api di Tanah Melayu bermula apabila
laluan pertama dibuka iaitu dari Taiping ke Port Weld (kini Kuala Sepetang)
pada 1 Jun 1885 di Perak. Kerajaan British telah menggabungkan kesemua
perkhidmatan kereta api di setiap negeri dan menamakannya Kereta Api
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (KNMB) pada tahun 1901. Menjelang tahun 1941,
KNMB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan perkhidmatan kereta api
Negara iaitu satu sistem jalan kereta api yang lengkap dibina di Tanah Melayu
dan namanya telah ditukar kepada Kereta Api Tanah Melayu (KTM) pada tahun 1948.
Pada 31 Julai 1957, kereta api yang digunakan telah dinaik taraf daripada
lokomotif wap kepada lokomotif diesel elektrik yang mula beroperasi.
Nama Kereta
Api Tanah Melayu telah ditukarkan semula kepada Kereta Api Tanah Melayu Berhad
(KTMB) pada 1 Ogos 1992, susulan keputusan Kerajaan menjadikan Kereta Api Tanah
Melayu Berhad sebagai syarikat korporat. Langkah penambahbaikan infrastruktur
juga terus dilaksanakan dengan peningkatan landasan tunggal kepada landasan
berkembar elektrik bagi laluan Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan Seremban ke
Ipoh. Selain itu, projek landasan berkembar bagi laluan Seremban ke Gemas dan
laluan Ipoh ke Padang Besar masih dalam pembinaan.
Pada 3 Ogos
1995, Unit Elektrik Berganda (EMU) pertama untuk perkhidmatan Tren Komuter
telah memulakan perkhidmatannya. Dari Tren Komuter kelas 81, kelas 82, kelas 83
dan terbaru Tren Komuter enam koc.
Pada 19
Disember 2009, Kereta Api Tanah Melayu Berhad mencatat satu lagi sejarah
apabila Set Tren Elektrik (ETS) yang boleh mencapai kelajuan maksimum 160
kilometer per jam, diterima dan mula beroperasi pada Jun 2010. Kereta Api Tanah
Melayu Berhad (KTMB) akan terus mengorak langkah dalam melaksanakan pelbagai
pembaharuan dan penambahbaikan yang akan meningkatkan ekonomi Malaysia.
Stesen Kuala Lumpur (Poskad bertarikh
1985) dengan dua platform.
"The Railway Gazette", 11
November 1929. Gambar di dalam Stesen Kuala Lumpur dengan tajuk "Typical
scene on No.4 platform, Kuala Lumpur Station, Federated Malay States
Railway"
Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur
awal 1920an
Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur
awal 1960an (kiri)
Ulasan
Catat Ulasan