Kandungan Hasil Lawatan

Pada 5 dan 6 September 2019, kami telah mengadakan penggambaran untuk membuat kajian tentang sejarah Kereta Api Tanah Melayu di Kampung Attap berdekatan dengan Pasar Seni. Pembahagian tugas telah dilakukan kepada kumpulan kami untuk melancarkan aktiviti penggambaran pada hari-hari tersebut. Kami menaiki LRT dari kediaman kami di Bangsar dan turun di stesen Pasar Seni. Setibanya kami di stesen Pasar Seni, kami terus menuju ke bangunan Kereta Api Tanah Melayu Berhad.


Foto oleh : Farid Daniel (52102119015)


Foto oleh : Farid Daniel (52102119015)

Pelbagai ragam ahli kumpulan dapat dilihat semasa kami sedang melakukan penggambaran sehinggakan jurukamera kami terpaksa mengambil beberapa take untuk mendapatkan bahagian yang sempurna. Ini kerana ada segelintir daripada kami tidak biasa beraksi di hadapan kamera namun selebihnya pandai beraksi di hadapan kamera. 


Foto oleh : Intan Shahirah (52102119073)

Namun, malang sekali kami tidak dapat menemu ramah pegawai yang bertugas di situ akibat kekangan masa dan tidak mempunyai hari yang tepat untuk bertemu dengan pegawai itu. Setelah 4 jam kami menghabiskan masa di bangunan serta di stesen bagi menyelesaikan projek video kami, kami akhirnya pun beransur pulang.


Foto oleh : Aliff Zhafran (52102119043)


Foto oleh : Aliff Zhafran (52102119043)

Pandangan penuh sebuah bangunan stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad yang merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia.


Foto oleh : Aimran Muhaimin (52102119053)

Dua buah kereta api pengangkutan awam yang tidak lagi menggunakan bahan bakar malah telah diubah suai menggunakan gabungan tenaga elektrik dan magnetik yang dinamakan sebagai ETS, teknologi khas dari Jepun.


Foto oleh : Aimran Muhaimin (52102119053)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu

Pengenalan dan Objektif Kajian

Penutup